Friday 23 November 2012

jom hijrah :)

السلام عليكم

Alhamdulillah masih kite diberi peluang untuk terus bernafas di dunia nie :)

jom pungut banyak-banyak bekal untuk ke 'sana'.



kalau diikutkan, tak berhajat pon untuk update blog hari nie.. tapi entah kenapa hati rasa tertarik-tarik untuk sentuh soal HIJRAH :)

mengikut satu sumber hijrah nie bermaksud seperti berikut :

hijrah berasal daripada kata kerja hajara هجر bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.


tapi dalam konteks zaman sekarang,bukanlah nak suruh kita pindah rumah plak.


memang sekarang banyak sangat amalan-amalan yang kadang-kadang tak penting pon and tak patut dilakukan oleh seseorang individu muslim apatah lagi.


"tetapi barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun Maha Penyanyang" (al maidah:39)

Allah itu Maha Pengampun :)

"sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri" (al-Baqarah :222)

nah!kan dah jelas betapa Allah suka hambaNYA yang bertaubat, tapi mesti muncul persoalan-persoalan lain..misalnyaa...

'eh..aku ni dah banyak sangat dosa. Allah ampun ke dosa aku?'

'aku nak bertaubat,tapi setiap kali je aku rase nak berubah sikit mesti ade punye lah halangan-halangan bagai.Tu yang aku malas tu.'

'hmm, nanti kalau aku bertaubat awal-awal, kalau aku tersilap buat dosa lagi camne? nanti lah taubat tu..tunggu tua dulu.. '

kalau kita perhatikan ayat di atas iaitu ayat 222 dari surah al Baqarah ada menyatakan kalimah tawwab dan bukannya taaib.

'eh ape dia plak dah tawwab taaib bagi nie?'

haa..tawwab nie mereka yang sering bertaubat dan mengulangi taubat mereka. Manakala taaib pula mereka yang bertaubat.


sekarang nampak tak kenapa Allah guna kalimah tawwab dan bukannya taaib? 

Maksudnya,,Allah mencintai orang yang sering bertaubat. bila buat dosa je trus bertaubat, buat dosa lagi bertaubat lagi..berulangkali..mereka berusaha memperbaiki diri walaupun banyak kali tersilap.. :)

"sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu terlebih dahulu bergerak mengubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri. " (ar-Ra'd:11)

Islam itu sangat mudah. :) hijrah secara perlahan-lahan tidak mengapa, yang penting istiqamah , in shaa Allah.





 jika ada kesempatan waktu,ika cerita lagi soal hijrah ye :)
maaf andai ade tersilap di mana-mana dalam entri nie..sesungguhnya Allah yang menggerakkan hati ika dan mengilhamkan segala yang kalian telah baca. :D





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...