Saturday 30 June 2012

daftar INTEC!


hai! hai! hai! okey..ika dah jadi agak x normal since ika sangat nervous..

esok pagi2 ika akan officially jadi pelajar INTEC! ngee..dalam 2 jam lagi ika bertolak ke rumah abang dulu. so malam nie tdow sana dulu la..ika sedih sebab terpaksa tinggalkan umah..dah lama sangat duk umah..hehe..

esok kena daftat kat kolej cemara /akasia seksyen 18..! korang tau x INTEC tu ape? intec = international education centre.. sini tempat persediaan bagi pelajar yang insyaAllah bakal fly ke luar negara..ika dapat tajaan JPA alhamdulillah..

ika x bawak broadband,,so maybe ika xdapat nk update cepat2 blog nie..huhu..tapi xpe..as soon as ika free..ika akan cite sal MDS kat intec! aik?! MDS?hehe..Minggu Destini Siswa..atau nama feymes orientasi..haha..

jadi freshie balik la nie.. dulu masa sekolah habis taiko..hailaaa.. -.-'

tapi..tapi dan tapi!
ika xtau ke mana hilangnye USB handphone ika,,so kena tunggu ika cari yang baru baru bley upload gambar~

xsabar nk jadi freshie U! nanti ika cite sal MDS ye! bagi inspirasi sikit kat adik2 yang masih bersekolah!

#blajar rajin2 tau..dapat esult bagus..mhon scholar..senang hidup!

jom fly overc!

Tuesday 26 June 2012

Pulau Pangkor Holiday!

Assalamualaikum! hihi..ika ade satu cite bez untuk korang yang sudi bace blog nie..although ika sangat la jarang update blog nie..ika harap korang still setia membaca,, actually ika malas nak update sebab line internet slow..tapi disebabkan ade sorang kawan nie semangat berkempen suruh update ika pon update lerr..haha.. :p

sabtu lepas,23 jun..ika ade family day kat pulau pangkor!! seronok sangat2..maklumlah first time nak ke pulau pangkor..walaupon ika nie orang perak and tinggal kat sini tapi xpernah lagi jejak pulau tu..haha..ika membesar kat terengganu..so kalau tanye ape2 mengenai terengganu bley la jadi tour guide..hehe.. key merapu.. back to the real story..

23 jun
6.00 -8.30 a.m
--> bangun pagi dengan penuh ceria and bersemangat! muehehe..biasanya xsemangat pon~
--> mandi siap2 and ready untuk bertolak (take note masa ni belum sarapan lagi)

9.15 a.m
--> sampai ke destinasi! yeahh! eh..belum sampai pangkor lagi tau..baru sampai kat Marina Island.
Untuk pengetahuan sume..Marina Island nie adalah pulau buatan manusia..
well in simpler words pulau nie actually tanah2 yang ditambak kat area laut untuk membentuk sebuah pulau artificial..pulau yang lengkap dengan hotel,jetty, kedai2 makan.tapi masih baru la pulau nie and not very well known as biasanya tourist yang nak ke pulau pangkor akan ke Lumut jetty which takes 40 minutes to arrive at Pangkor Island instead of 10 minutes kalau ikot Marina Island..hehe..and of course lebih MURAH!

10.00 a.m
--> para ayah2 pergi beli tiket..tapi malangnyer dah dekat sejam berlalu mereka ntah ke mana and masih belum kembali dari beli tiket ferri..xpe..sabar..hihi.. mula2 patutnya bertolak pkul 9 tapi biasalah janji melayu~

10.45 a.m
--> kriukk..kriukk.. eh eh! bunyi ape tu?? hihi..ika punye perut dah start berdendang lagu keroncong siti nurhaliza+ ziana zain..ngeh3.. LAPAR! ika belum makan ape pon lagi..huhuk.. T.T ingatkan sempat sarapan la kat pangkor since rancang nak bertolak pukul 9..huhu,,kebetulan ika ade buat kek gula hangus and kek span gula hangus..so makan la dulu sikit buat alas perut.. saje2 buat dengan mak kek2 tu..teringin..hehe..and nak bawak buat bekal ke pangkor..konon2..~

11.00 a.m
--> At last! Alhamdlillah..berakhir jugak penantian dekat dua jam..hehe.. maka arakian kisahnya..ika pon naik la feri tu dengan excited thap cipan.. *walaupon dah pernah naik feri sebelum nie tapi still excted and terus naik ke tingkat 2 feri tu..konon2 nak ambil angin pangkor la~hihi..

11.01-11.14 a.m
--> okey.. faham2 lar masa nie ika buat ape..ofkos busy bergambar~hihi..

11.15 a.m
--> selamat tiba di PANGKOR! yeahh! hehe.. excited~
--> naik van pink yang berlambak kat jetty untuk ke tempat ika bakal stay..Palma Beach Resort.

11.35 a.m
--> check in kat resort and terus tergolek atas katil sebab lapar and penat..haha..then bukak TV tengok masterchef celeb! hehe..
--> xlame pastu ika lunch! yeay!kenyang~ade ayam percik,rendang,ulam pucuk ubi~ nyam3..ika suke sgt ulam..korang??
--> dah kenyang so berehat and golek2 sambil tengok masterchef lagi..haha..

1.30 p.m
--> ika baru terjaga dari lena and tiba2 mak ajak pergi jalan2 kat tepi pantai..so apelagi! trus bangun and bersiap2 ala kadar~
--> masih panas lagi..so jalan2 kat souvenir shops je dulu..banyak sangat kat sini..sepanjang jalan penuh dengan kedai2 gift and makan.. :)

3.00 p.m
--> hihi..keluar bilik skali lagi..but dis time da ready dengan nak mandi pantai!
-->mak ajak makan dulu..hailoh..lagipon xde geng ar nak mandi sorang2..hehe..xpe2..makan dulu..

4.00 p.m 
-->dah habis lepak2 and borak2 ngan jiran2 sambil makan kat kedai..hehe..sempat la sapu kuey teow goreng satu..haha,,
--> okey memandangkan sume family da trun ke pantai..so kitorang plan nak sewa bot untuk round2 pantai pngkor and pusing Pulau Pangkor Laut and then singgah mandi mandi di Pulau Giam.eh eh!cop!mesti korang konfius kan macam mane boleh kuar name pulau pelik2 ? well sebenarnye.. pulau yang ika mention tu adalah pulau kcil yang ade kat sekitar pangkor..ika menginap kat area Teluk Nipah..memang the best beach here!

4.15 p.m
--> after round pulau tu sume and berlumbe ngan another boat yg kitorg sewa..akhirnya sampai la kat Pulau Giam..and ape lagi! trus terjun mandi manda!hehe.. sonok sangat! konon2 pandai berenang..padahal ika terapung pon sebab ade life jacket!hehe..

7.00 p.m
--> pulang ke bilik and rest.. 

9.00 p.m
--> nyte kat sini mmg happening ar~ ade ramai tourist kuar jalan2 sekitar stalls kat tepi pantai..
--> warga ayah2 kuar lepak kat gerai tepi pantai tu..sambil nyanyi lagu 60-an and,,HAHA..
--> while me and the other mums goes for a walk around gerai2 baju~ alaa..perempuan kan..?hihi..
--> since masih awal,,xnk balik bilik dulu..so duduk la ika n my parents ambil angin kat tepi pntai! hehe..opss! sori mak abah sebab kacau daun dating..hehe.. :p
--> ika lapar so makan jagung bakar and then baham eskrem lak after that!hehe..
--> masa ngah lepak2 nie..ade nampak sekumpulan people nie ngah buat BBQ..then dorang carve no 89 kat pasir pantai tu,,and letak lilin membentuk nombor 89..then snap2 gambar! masa ni I was like..woww! mesti reunion! so teringin sangat nak carve 7-11 satu msa nanti! time reunion! 

12.00 a.m
--> pulang ke bilik after dah puas jenjalan kat sume stalls souvenirs tu... :)
--> zzzz~ tdow

24 jun
nothing much happen this day because pagi2 keluar makan kat tepi pantai again..*kalau ade kedai tengah laut ika pergi! haha..
balik bilik kemas2 barang since nak balik dah arini! T.T
at 12.00 p.m check out and heading to the jetty~
sebelum naik ferri..ika sempat labeli satu skirt pink nie! kiut sangat!nanti kalau ika pakai,ika letak gambarnyee.. :)

so..rasanya tu jela aktiviti..tapi memang best sangat2 since bley mandi kat Pulau Giam tu and boleh snorkelling skali! 

#p/s :kat pulau Giam tu ade banyak coral and ikan2..kita bley bagi roti for the fishes~

enjoy gmbar lak!

masa duk tunggu feri sambil perut berdendang.

atas feri pon smpat pose lagi..hehe


muke nervous! yg kanan tu my neighbour.

my mum jerit sebab tgkap gambar tengah2 bot speed!

boat race! bot tu families dari Felcra jugak..

pemandangan waktu pagi..
i am floating! muehehe
(pulau yg kat belakang tu la Pulau Pangkor. ni mandi manda kat Pulau Giam-pulau kecik yg ika da cite)
pose depan the only stall kat Pulau Giam.
abah pose. :p
tengok gambar tu elok2..akan nampak batu tu berbentuk mulut buaya.
yang ni lak batu tu berbentuk penyu!
makposing kat area stalls and pavement tepi pantai.
yang ni ramai tengah mandi manda kat Pulau Giam.




haha..udoh nye muke ika!

Sunday 17 June 2012

20 jangan..


20 PERKARA 'JANGAN'

1. Jangan sengaja lewatkan solat.
2. Jangan masuk tandas tanpa memakai alas selipar.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh.
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
8. Jangan pakai sepatu yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah.
16. Jangan banyak ketawa.
17. Jangan biasakan berbohong.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Saturday 16 June 2012

7 Sikap Wanita Melalui Cara Berjalan




1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

JPA MARA scholarship!

assalamualaikum! 

dah lama sangat x update blog nie..hemm... xde la busy ke ape ke.. cume rasa macam lagu najwa latif..kosong kosong...haha..

sekarang semua kawan2 dah sambung belajar kat universiti, matrik, poli, tingkatan 6..budak2 mak lagam batch 7 Eleven semua da berterabur serata ceruk malaysia nie.. even ade yang bakal ke oversea lepas raya tahun nie.. beruntung la..cepat dorang fly..huhu..tinggal aku yang ntah fly ke x nie..

1 jun yang lepas da selamat dapat tawaran MARA under program kerjasama JPA MARA.. mestimacam konfius kan?? sebab JPA sepatutnye hanya tawarkan engineering programme je kan tahun nie?? selain national scholar dan bursary.. ntah kenapa..JPA mintak kerjasama MARA untuk adakan interview bagi a few programme yang JPA nak..so technically aku ditaja under JPA..


MARA and JPA..?
ape bezanya kan?? MARA tawarkan covertible loan sahaja.. no more scholar! JPA plak..bagi full scholar.. tapi mcm bese la.. kena la balas jasa JPA kan?? so ak kena bond JPA 4 tahun..! hehe..
okey la..xde la terkulat2 cari kerja kan?? there's a swarm of graduates out there yang tengah carik kerja tapi xdapat2.! recently,, ade rang undang2 persaraan yang baru tgh dibahaskan..( bagi bdk form 5 mesti faham since ade dlm buku teks sejarah tentang cara2 nk wujudkan undang2 baru . LOL) menurut undang2 baru tu.. umur minimum persaraan swasta adalah 60! bagi majikan yang berhentikan pekerja sebelum 60 akan didenda,,! whoa..makin susah la fresh graduates nk apply kerja..hemm.. ntahla..

but no worries dear! rezeki ade di mana2 and setiap manusia dah ditetapkan rezeki buatnye oleh ALLAH.. :)

Tuesday 5 June 2012

tahniah kwan2!

assalamualaikum! 

okeyy..tarik nafas panjang2...
emm..dah lama gler ika x update blog kan?? act, agak busy dengan so many things. *okey tipu..hehe..

ika sepatutnye dah sambung belajar waktu nie.. and in fact sepatutnye ade test APT,EPT dan FKT..
eh eh...ape benda plak dah sume tu?? hehe.. APT stands for Arab Placement Test, EPT, English Placement test and FKT is for Fundamental Knowledge Test..

mesti korang pelik kan?? act, sume test tu dijalankan di UIA..untuk tentukan how long our foundation studies kat sana.. dan memandangkan ika x jadi ke UIA..ika hanya bley doakan kawan2 buat yang terbaik..

so..to trah, amy, dilla, lydia, nana, qilah, fana, billa, alif, ashraf, amsyar, gudluck yer! do the best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...