Thursday 16 February 2012

Public Relations


PERHUBUNGAN AWAM

Dewasa ini, bidang komunikasi dilihat semakin penting di negara kita yang sedang
menuju era 2020. Kemunculan teknologi baru seperti komputer, internet dan satelit
mencetus sumbangan positif dalam bidang komunikasi khususnya hubungan awam di
negara ini.
   Peluang pekerjaan di bidang perhubungan awam semakin meluas memandangkan
perkembangan industri dan pertumbuhan ekonomi negara semakin pesat mendorong
pertumbuhan organisasi besar dan kecil di sektor awam mahupun swasta. Dasar penswastaan telah mengembangkan fungsi perhubungan awam. Lulusan institusi pengajian tinggi dalam bidang ini tidak perlu bimbang kerana peluang pekerjaan begitu luas sama ada di sektor awam atau swasta, malah mereka mampu menguruskan sendiri perniagaan berbentuk perkhidmatan dan perundingan di bidang ini.
  Perhubungan awam adalah satu profesion yang memerlukan­ pengetahuan sains sosial yang luas dan kemahiran komunikasi. Untuk menjadi seorang pengamal per­hubungan awam, mereka harus mengikuti kursus ini secara formal di instisusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam negara atau di luar negara. Melalui kursus, seseorang itu akan diperkenalkan kepada perkembangan perhubungan awam dan isu-isu berkaitan dengan profesionalisme ini. Kemahiran dan penulisan dan ucapan juga menjadi asas
dalam praktik perhubungan awam.
 Antara su-isu utama dalam pengurusan perhubungan
awam seperti penelitian terhadap bagaimana sesebuah organisasi akan berusaha untuk mewujudkan keseimbangan dengan hubungan beberapa kuasa yang bersaing di persekitaran. Ini  meliputi kemahiran untuk menguruskan kuasa-kuasa tersebut demi manfaat semua pihak. Tumpuan juga diberi kepada konsep-konsep dan teori-teori pengurusan, sosiologi dan komunikasi.
 Selain itu, para pelajar juga didedahkan tentang konsep, teori dan model perhubungan awam/komunikasi sebagai suatu pendekatan ke arah penyelesaian masalah dalam perhubungan awam.
   Bidang perhubungan awam memerlukan individu yang mempunyai ketrampilan
komunikasi dengan citra din,  kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis
khalayak, kemahiran berbahasa, kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika dan tata susila komunikasi lisan. Mereka juga harus mahir dengan penulisan dalam perhubungan awam kerana penulisan penting dalam menyampaikan mesej organisasi tempat mereka bekerja misalnya melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh organisasi itu.
   Pengamal perhubungan awam harus cekap dalam tugas seharian, kreatif, berkeyakinan, berani dan mampu berkominikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat, berkemahiran
dalam penulisan serta memiliki personaliti menarik.   Mereka juga boleh bertutur dan
menulis dengan dalam bahasa Melayu dan Inggenis di samping perlu minat dalam bidang tugas yang diceburi. Malah sanggup  bekerja tanpa mengira masa dan tempat sekiranya diarahkan. 

Seperti profesion lain, pengamal perhubungan awam dalam tugasan hariannya harus
berpegang kepada etika dan tata susila perhubungan awam yang menjadi garis panduan
dan landasan kepada profesion ini.
  Daripada segi pendapatan, bidang perhubungan awam menawarkan pendapatan yang
lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500-RM2,000 berdasarkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja. Malah pengamal perubungan awam yang berpengalaman boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi sekiranya mampu
mengurus­kan dan menawarkan perkhidmatannya sendiri.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i)    Meminati profesion ini
(iii)   Mahir berkomunikasi
(iv)   Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
(v)    Mempunyai kemahiran mendengar
(vi)   Kemahiran menganalisis khalayak
(vii)  Mahir dalam kaedah penulisan perhubungan awam
(viii) Peramah dan mudah didampingi

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang pegawai atau eksekutif perhubungan awam, individu harus memiliki diploma atan ijazah sarjana dalam bidang perhubungan awam atan komnnikasi
dari universiti/IPT dalam atau luar negara.

TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Beberapa universiti/IPT tempatan ada menawarkan kursus perhubungan awam atau
komunikasi di peringkat ijazah pertama. Universiti-universiti/IPT tempatan yang
menawar­kan program ini termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Univer­siti
Putra Malaysia (UPM). Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat
juga menawarkan program seumpama ini. Manakala banyak kolej swasta yang menawarkan kursus ini di peningkat sijil atau diploma.

SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUT­KAN PEN GAJIAN


Peringkat ijazah sarjana muda

Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM/SPMV serta lulus dengan
mendapat prinsipal yang baik di peringkat STPM (aliran sastera) atau diploma dalam
bidang berkaitan dan institusi pengajian tinggi tempatan.
  Selain itu, UIAM mengambil pelajar SPM/SPMV untuk mengikuti kursus matrikulasi sains kemanusiaan selama dua tahun. Selepas itu pelajar akan ditawarkan di bawah program sarjana muda komunikasi. Program ini memerlukan calon lulus SPM/SPV dan mendapat sekurang-kurangnya enam       kepujian termasuk bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.
  Manakala UiTM mengambil pelajar untuk kursus matrikulasi sebaran am sebelum
ke peringkat sarjana muda.UiTM memerlukan calon lulus SPM/SPMV dan mendapat
bersekurang-kurangnya lima kepujian termasuk bahasa Inggeris.
Untuk melanjutkan pengajian ke kolej/IPT swasta, calon perlu lulus SPM serta mendapat beberapa kepujian termasuk bahasa Inggenis.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...