Assalamualaikum semua!!!
So..ika nak tulis tentang ‘sikap menghormati orang lain’
hari nie..camne tercetusnya idea nak buat sal entri nie? Hmmm…sebenarnye..ika
selalu terjumpe post-post di Fb mengenai macam-macam hal yang nak diluahkan
oleh kawan-kawan laa..tapi ika tertarik dengan satu post nie oleh
….*dirahsiakan identitinye..hehe..dalam post tu..si dia nie keluarkan kata-kata
yang agak tak menarik dibaca laa..post tu plak dikutuknya tentang bahasa salah
sebuah negeri di tanah air kita yang makmur lagi damai nie…
Jadi ika rase macam tak wajar laa dia post cmtu..sebab
melibatkan sensitiviti banyak pihak..yang lebih ika kesalkan rupa-rupanya
si dia nie adalah seorang dewasa yang mestilah dapat berfikir dengan rasional..itu
pon lepas ika buat operasi stalk Fb si dia ala-ala Conan Edogawa!!haha..
Jadi bila ika fikir balik ika jadi hairan kenapa si dia nie post
camtu ye?sedangkan bagi seorang dewasa pasti dah kenal erti menghormati orang
lain..kan?kan? malah ika yang baru sahaja menamatkan persekolahan pon boleh
rase terkilan bila terbaca post dia..
Bagi ika sikap menghormati adalah elemen yang
sangat penting dalam hidup kita malah dalam sesebuah organisasi
serta dalam menjamin kedaulatan Negara kita..mungkin ika yang baru berusia 17 belum cukup matang
dalam menilai serta memahami hidup nie..masih hijau kata orang..hehe..tapi
ika nak luahkan pendapat ika sahaja..
Bagi pendapat ika,,mereka yang dewasa haruslah tunjukkan
contoh dan jadi suri teladan kepada mereka yang lebih muda bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya! Ewah-ewah..dah macam menulis karangan
untuk SPM je lagaknye ika nie..rindu pulak nak aplikasikan tunjuk ajar cg
tersayang sewaktu di sekolah dulu..
Kalau kami yang remaja nie didedahkan dengan contoh-contoh
tak
berapa membina dari orang dewasa tentulah kami akan terikut-ikut
walaupun kami rase itu sesuatu yang salah..tapi kalu dah terbiasa lama-lama jadi tabiat
jugak kan?sape setuju angkat tangan?!!! Jadi ika cuma harap sangat kita semua sama-sama
amalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain..tak susah pon
sebenarnya..bukan kena bayar tol pon!..
Kalau kita rasa tak suka pada sesuatu, tak perlulah kita
sampai kutuk-kutuk orang lain..ok? simpan aje dalam hati..xpon campak jauh-jauh
dalam longkang!hehe..kita kena nilai diri jugak..bukan semua yang kita tak suka
tu jahat, tak elok dan sebagainya..mungkin jugak ape yang kita suka tu tak
semestinya baik, bagus dan mendatangkan manfaat kan? “Boleh jadi sesuatu yang kamu
sukai itu tidak baik bagi kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu tidak sukai itu
baik bagi kamu..”
Okeylah..dah panjang laa plak ika berleter..hehe..inagatkan
nak buat ringkas je tadi..panjang pulak entri kali nie..jadi ika harap kita
dapat sematkan nilai hormat menghormati antara satu sama lain dalam diri kita
dan jadikan amalan..bukanlah niat ika nak berlgak pandai tapi dah jadi satu
kewajipan kita saling ingat mengingati kan? Dah tersurat jelas dalam al-Quran,
surah al-Asr..”demi masa..sungguh manusia berada dalam kerugian..kecuali
orang-orang yang beriman dan mngerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk
kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” akhir kata..ika harap
korang doakan ika dapat straight A’s dalam peperiksaan SPM 2011..^^
No comments:
Post a Comment